Posted on

Tuala Sulam – Penghargaan

Tuala Sulam – Penghargaan

Salam sejahtera untuk semua. Seperti biasa, tempahan daripada Taman Nagamas. Jom layan foto yang sempat dirakamkan.

 

 

 

Dapatkan info tentang  tempahan tuala sulam , sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan dengan email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..Terima kasih.

Posted on

Printing Baju Single Jersey Team Otai Jelebu

Printing Baju Single Jersey Team Otai Jelebu

Salam sejahtera untuk semua.Semoga berbahagia sentiasa.. Update untuk kali ni , printing baju dengan material single jersi warna biru. Job yang simple dan cukup senang.. Kejap dah siap sebab saiz printing yang kecil selain penggunaan satu warna cetakan sahaja. Tempat cetakan di belakang leher.. Sorilah, sebab foto kat bawah ni mcm blur sikit..

printing baju

Jadi, untuk sebarang info dan pertanyaan tentang  tempahan printing baju,  sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..

Posted on

Baju Custom Made Hari Keluarga

Baju Custom Made Hari Keluarga

Salam ceria untuk semua. Hari ni hari Jumaat, 29 Disember 2012. Semakin mendekati tahun baru 2013. Hari Jumaat hari minggu untuk umat islam. Elok berkumpul untuk sama-sama merapatkan lagi ikatan silaturrahim. Itu antara hikmah solat Jumaat.

Sebab itu agaknya bila hujung tahun camni ramai famili yang buat majlis hari keluarga. Berkumpul untuk mengukuhkan kembali ikatan tali persaudaraan dikalangan famili. Jadi, hari ni kami nak kongsi tempahan baju custom made untuk majlis hari keluarga. Tempahan dipilih daripada material microfiber. Warna biru navy dengan strike warna ungu. Julat saiz yang ditempah bermula daripada saiz 28 hinggalah saiz 4xl. Memang kumpul semua la ni..

baju custom

Design dorang nak memang simple jer.. Macam yang dapat kita tengok kat foto di atas. Sebelah dada kiri, sulaman “Sweet Memories 2012”.. itu sahaja. Tempahan ini ada tiga jenis baju iaitu collar berlengan pendek, collar berlengan panjang dan muslimah . Warna  dan sulaman semuanya sama.

Untuk pengetahuan, kami bukan sahaja menyediakan perkhidmatan sulaman, tetapi juga mencetak baju mengikut design pilihan anda. Kadang-kadang ada yang gemar dengan stail cetakan di baju, ada juga yang sukakan teknik sulaman(embroidery). Terserah pada anda.. Anda pilih kami buat..

sulaman nama

Jadi kalau ada yang nak info tentang  baju custom madesulam logo ke, nak buat baju kelab, samada ready made atau custom made ke  atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..

Posted on

Tempahan Mug HDU Jelebu

Tempahan Mug HDU Jelebu

Salam ceria untuk semua. Jumpe lagi selepas cuti satu hari, sempena sambutan Hari Krismas. Semoga kalian semua sihat dan ceria selalu.. Sesi perkongsian kali ni , tentang tempahan mug daripada HDU Hospital Jelebu. Mug yang ditempah, cetakan satu sisi..Design dorang yang bagi, cetak logo dan label nama unit . Itu sahaja, simple.

Sebelum tu, apa kata kitalayan dulu foto sebahagian mug yang sempat kami rakamkan, untuk dikongsi di sini..

 

Kalau nak tau lebih lanjut tentang mug, boleh jengok  ke sini.

Jadi, untuk sebarang info dan pertanyaan tentang  tempahan mug untuk kelab, atau persatuan , sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..

 

 

 

Posted on

Cetak Baju Silkscreen Chompogho D’ Sg. Pah

Cetak Baju Silkscreen Chompogho D’ Sg. Pah

 

Salam sejahtera . Semoga ceria dan bahagian sentiasa. Semalam dah cuti, hari ni ramai yang dah kerja, ada jugak yang sambung cuti..Yelah cuti tahun pun banyak lagi. Lebih kurang 5 hari lagi kita akan meninggalkan 2012. Banyak kenangan manis, pahit kejayaan dan kegagalan yang menjadi bekalan untuk teruskan perjalanan ke 2013. Jadikan sesuatu kegagalan sebagai kejayaan yang tertangguh. Bukan kegagalan yang mutlak.. Jadi seperti singa, mengundur setapak dua kebelakang, bukan kerana putus asa atau lari dari kegagalan, tetapi untuk dapatkan kekuatan, menghambur menerkan mangsa, lalu membuahkan kejayaan baru yang lebih baik..

Ok lah.. kalian pernah dengar perkataan CHOMPOGHO tak? Ni loghat Negeri Sembilan yang membawa maksud berpesta atau berkelah/bersukaria di sungai. Lebih kurang macam tulah maknenya.Itulah yang kami nak kongsi kali ni.

Cetak Baju Silckscreen Chompogho D’ Sg. Pah tajuknya. Sebab cetakan menggunakan kaedah silkscreen, dengan dua warna . Hitam dan putih. Jumlah tempahan 23o helai sahaja. Saiz S hingga 4XL.. Jom layan foto-foto semasa proses cetak baju sedang berjalan.

 

cetak baju silkscreen
Amik gambar dekat..

Design ni saiz A4. Pada asalnya, design yang dorang bagi adalah gambar real jeram. Bila dah bincang balik, dorang setuju untuk tukar dengan design yang ni. Bukan apa, kalau buat real foto, kos memang terlalu jauh bezanya..Mahal!Untuk real foto, selalunya gunakan kaedah CYMK dan guna ink plastisol..Kaedah yang rumit, kos nya pun mesti rumit juga…

Untuk pengetahuan semua, tempahan kali ni, menggunakan material single jersey..

Jadi kalau ada yang nak info tentang  cetak baju , sulam logo ke, nak buat baju kelab, samada ready made atau custom made ke  atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..

Posted on

Tempahan Sulaman Tuala Shell Cyberjaya

Tempahan Sulaman Tuala Shell Cyberjaya

Salam sejahtera untuk semua. Semoga sentiasa ceria sentiasa. Hari ni kita dah berada di pertengahan bulan Disember. Dah lebih pun sebenarnya. Pejam pejam celik pejam celik dan nak sampai ujung 2012. Cepat sungguh masa berlalu sekarang ni. Kadang kadang terasa terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dalam masa yang terhad. Macam tak cukup 24 jam sehari. Apa – apa pun , setiap orang sama je, semua ada 24 jam sehari. Tinggal lagi cara mengurus dan cara mengguna masa.

Ok lah, tak nak buang masa lagi, macam biasa, nak kongsi satu lagi tempahan sulaman tuala. Tempahan kali ni, daripada Shell Cyberjaya. Face towel beserta window box. Jumlah tempahan 99 helai. Unik lak nombor ni. .

tempahan sulaman tuala

Gambar kat atas ni, masa proses design dengan sofwer embroidery. Disebabkan setiap helai ni nak sulam nama staff, so kenalah taipkan 99 nama. Bila nak setting kat mesin pun sama, kena set setiap kali nak mula proses sulaman. Alhamdulilah, sebab dapat siapkan dalam seperti yang dijanjikan. Sebenarnya, ni tempahan kedua dorang. Sebelum ni dah buat tempahan , awal tahun 2012.

Respon dorang ok.. memang puashati dengan kualiti tuala ni. Tak banyak foto sebenarnya dapat share hari i, sibuk sangat sampai tak sempat snap banyak foto..Kalau boleh, memang nak letak 99 keping foto dalam pos ni..tapi apakan daya..So, layan jelah foto yang ada ni…

 

Akhir kata, terima kasih kepada Shell Cyberjaya kerana memberi kepercayaan kepada kami di stitchwave.com.my. Semoga lenkali tempahlah lagi….

Untuk korang yang lain , kalau nak dapatkan info tentang  tempahan sulaman tuala , sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..Terima kasih.