Posted on

Tempahan Tuala dan Beg Sulam Logo Persatuan Nelayan Negeri Perak

Tempahan Tuala dan Beg Sulam Logo Persatuan Nelayan Negeri Perak

Salam ceria untuk semua. Tempahan pakej, beg dan tuala mandi yang bersaiz 27″ x 54″ dengan sulaman logo. Dua-dua tempahan ni design nya sama jer. Sulam logo dan label Persatuan Nelayan Negeri Perak di sebelah bawah logo.

Sulaman logo organisasi atau pertubuhan sebenarnya cara yang mudah untuk menonjolkan identiti pertubuhan. Amat sesuai untuk dijadikan buah tangan kepada ahli-ahli persatuan masing-masing.

Pada mulanya, kami berdepan dengan masalah untuk tujuan penghantaran ke LKIM Manjung disebabkan kos yang mencecah RM450 oleh hampir semua penyedia korier utama. Penyelesaian yang mudah, menggunakan bas dengan kos yang jauh lebih murah dan cepat. Pukul 11.00 am hantar kepada sykt bas, pukul 5.00 ptg kami dapat berita daripada pelanggan, memaklumkan barang dah sampai. Tak sampai satu hari.

Terima kasih kami ucapkan kepada Persatuan Nelayan Negeri Perak kerana sudi berurusan dengan kami, walaupun jarak yang jauh, itu bukan penghalangnya. Diharapkan dapatlah berurusan lagi di masa akan datang.

Sebarang info sila hubungi kami melalui telefon/sms/wassup di 0172032610 (Pn. Azura).Terima Kasih.

Posted on

Sulam Topi Agensi Antidadah Kebangsaan

Sulam Topi Agensi Antidadah Kebangsaan

Salam ceria untuk semua. Baseball cap yang ditempah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan cawangan Jelebu. Tempahan berjumlah 500 pcs sahaja. Baseball cap daripada material 100% cotton. Untuk pengetahuan, kami tidak lagi menerima tempahan untuk sulaman topi jika jumlahnya kurang daripada 100 pcs atas sebab teknikal.Jadi, tempahan minima untuk topi adalah sebanyak 100 pcs.

Sebarang info lanjut sila hubungi kami melalui telefon/sms/wassup di 0172032610 (Pn. Azura).Terima Kasih.

Posted on

Tuala Sulam Nama – SMK PUJUT Miri, Sarawak.

Tuala Sulam Nama – SMK PUJUT Miri, Sarawak.

Salam ceria untuk semua. Tempahan tuala sulam daripada SMK Pujut Miri Sarawak. Tuala sulam yang bersaiz 27″ x 54″ beserta window box dan aksesori. Sulaman nama di setiap tuala yang pelbagai warna. Terima Kasih kepada SMK Pujut, khususnya Cikgu Zulia kerana memberi kepercayaan kepada kami di stitchwave.com.my . Semoga dapat berurusan lagi di masa akan datang.

Sedia untuk penghantaran
Sedia untuk penghantaran

Tak banyak foto yang sempat dirakam. Kesuntukan masa menyebabkan kami kadang-kadang tak menang tangan untuk penuhi permintaan. Ada jugak yang terpaksa kami tolak kerana masa yang amat terhad.

Sebarang info dan pertanyaan sila hubungi kami melalui telefon/sms/wassup di 0172032610 (Pn. Azura).Terima Kasih.

Posted on

Cenderahati Korporat Maktab Polis Diraja Malaysia

Cenderahati Korporat Maktab Polis Diraja Malaysia

Salam ceria untuk semua. Cenderahati korporat yang ditempah oleh Maktab Polis Diraja Malaysia, tuala sulam bersaiz

14″ x 30″ beserta window box dan aksesori. Pelbagai warna tuala dengan sulaman Nama Program dan tarikh, sebagai tanda ingatan yang disemat di hati peserta program. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami. Semoga dapat berurusan lagi di lain masa.

 

Untuk dapatkan info lanjut tentang cenderahati sila sms/call/wassup Pn. Azura di talian 0172032610. Terima Kasih.