Bagaimana Mengenalpasti Nama Tulisan Di dalam Foto..

Seringkali apabila menerima lakaran artwork yang dihantar oleh pelanggan, timbul satu masalah untuk mengenalpasti nama tulisan yang digunakan. Sekiranya, artwork itu dihantar dalam format .psd , .ai atau.cdr, tidak menjadi masalah untuk mengesan jenis tulisan, walaupun tulisan tersebut tiada dalam sistem .

Jika tulisan tersebut merupakan jenis tulisan yang biasa digunakan seperti Times New Roman atau Arial , memang tidak mendatangkan masalah kepada semua untuk mengenalinya.

 

Sebenarnya, ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengesan atau mengenalpasti jenis tulisan yang digunakan. Untuk perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dua kaedah yang mudah serta menjimatkan. Untuk pengetahuan, terdapat perisian khusus untuk tujuan ini di pasaran, samada yang percuma mahupun yang berbayar. Tetapi bukan kaedah itu yang kami akan paparkan di sini.

 

Ok, untuk kaedah yang pertama, kita boleh mengesan jenis tulisan tersebut secara atas talian sahaja (online), dengan memuat naik foto berkaitan di laman web yang menyediakan perkhidmatan pengesan jenis tulisan.Adabeberapa laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan tersebut secara percuma seperti whatfontis.commyfonts.com dan beberapa laman sesawang yang lain.

Mula-mula buka website myfonts.com, dan uploadkan imej fail tadi. Contohnya, foto kat bawah ni.

Kita cuma nak kan tulisannya sahaja, jadi pandai-pandailah buang yaang lain supaya imej tersebut jadi cam kat bawah ni. Lepas tu baru boleh proceed langkah seterusnya.

Dah siap semua, baru upload gambar guna butang upload kat website tadi.


Ok, browse file imej dalam komputer pastu tekan butang continue.

 

Samapi di tetingkap ni, isikan petak kosong dengan huruf yang sepatutnya, contohnya petak pertama tu, untuk huruf T. Ada petak yang memang dah terisi, betulkan kalau salah, kalau dah memang betul, biarkan sahaja la.

Untuk huruf i, perasan tak , di asingkan. i kat lain titiknya kat lain. Kalau camni, drag dan seret salah satu tu dan gabungkan supaya menjadi satu.

Bila dah pasti semua dah ok, tekan butang continue. Sepatutnya, tetingkap ini akan muncul.

Jadi, agak-gak yang mana satu tulisannya? Itu, kaedah yang pertama untuk dikongsi. Kaedah yang kedua pula, lebih senang serta menjimatkan banyak masa.

Senang jer, tanyalah si pembuat artwork tu, tulisan apa yang dia guna..Abis cerita, senang tak? Ok, semoga bermanfaat dan selamat mencuba.. 🙂