Posted on

Tuala Sulam SMK Bandar Tenggara 2, Kulaijaya.

Tuala Sulam SMK Bandar Tenggara 2, Kulaijaya.

Salam ceria untuk semua.

Tempahan tuala mandi yang bersaiz 27″ x 54″ , semuanya berwarna hijau. Design yang disulam disediakan sendiri oleh pelanggan kami. Ucapan terima kasih kepada saudari Norlianna Mohd Ali, kerana memilih kami di stitchwave.com.my untuk menyediakan tuala sulam sebagai cenderahati hari keluarga .

Untuk sebarang info dan pertanyaan tentang tuala sulam atau apa sahaja cenderahati hari keluarga sila hubungi kami melalui telefon/sms/wassup di 0172032610 (Pn. Azura).Terima Kasih.

Posted on

Cenderahati Hari Guru – Selamat Hari Guru

Salam ceria untuk semua, terutamanya kepada semua guru di seluruh negara. Insan yang bergelar guru terlalu banyak berjasa kepada kita semua, tak kira apa pun kerjaya kita sekarang. Walau siapa pun kita masa kini, semuanya bermula dengan didikan seorang guru, sejak dari zaman pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti. Tanpa mereka siapa lah kita. Disini, kami di stitchwave mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan ucapan terima kasih kepada semua guru yang pernah mendidik kami sejak dari zaman kanak-kanak hingga ke dewasa.

Pengorbanan serta kesabaran seorang guru , berhadapan denga karenah pelajar amat dihargai. Semoga Allah sentiasa merahmati semua guru-guru. Ingatlah bahawa salah satu daripada amalan yang berkekalan pahalanya walaupun setelah kita tiada adalah ilmu yang telah dicurahkan. Semoga Allah menempatkan guru-guru yang telah pergi bersama dengan roh-roh mereka yang solih.

Oklah, sempena sambutan hari guru pada hari ni, 16 Mei 2013, kami di stitchwave paparkan tempahan yang berkaitan dengan hari guru sahaja. Banyak tempahan yang kami terima dan banyak juga yang kami tak dapat terima sebab kesuntukan masa. Kepada guru-guru yang tempahan mereka kami tidak dapat terima, kami memohon maaf, kerana kekangan masa yang amat terhad.

Produk ‘killer’ kami, Tuala Sulam. Tuala sulam paling banyak kami terima tempahan sebagai cenderahati hari guru. Tapi, dek kekangan masa, bnyk job yang tak sempat dirakamkan.

Lepas tu, tempahan mug sebagai cenderahati hari guru. Produk ni pun boleh tahan juga permintaannya utnuk hari guru.

Mug – Cenderahati Hari Guru

Selain tu ada jugak sekolah yang membuat tempahan beg, payung dan sebagainya, untuk cenderahati hari guru sekolah masing-masing.

Cenderahati Hari Guru – Payung

Cenderahati Hari Guru – Beg

Untuk itu, kami di stitchwave.com.my mengucapkan setinggi penghargaan untuk semua guru yang sudi membuat tempahan dengan kami. Selamat hari guru!

Jadi, Sebarang maklumat tentang apa jua produk  sila hubungi / wassup kami di 0172032610 (Pn, Azura). Terima kasih.

Posted on

Tempah Mug – Pelbagai Tempahan Mug

Tempah Mug – Pelbagai Tempahan Mug

Salam ceria untuk semua. Tempahan mug yang dibuat oleh pelanggan daripada SMK DUSAJ, MTAQ PPDJJ, PROGRAM TASMIK PERDANA dan Karnival Bahasa Inggeris. Semua mug yang ditempah dicetak dalam full color dan design penuh.

Untuk makluman semua, kami mempunyai pelagai rekabentuk template sedia untuk mug yang boleh dipilih untuk memenuhi kehendak anda. Kami akan muat naik semua artwork template mug untuk rujukan dan tatapan anda semua. Jadi, rajin-rajin lah menjenguk ke sini untuk membuat tinjauan.

Sebarang info dan pertanyaan sila hubungi kami melalui telefon/sms/wassup di 0172032610 (Pn. Azura).Terima Kasih.

Posted on

Tempahan Non Woven Bag – Majlis Persaraan & SK USJ 20 Subang Jaya.

order non woven bag

Tempahan Non Woven Bag – Majlis Persaraan & SK USJ 20 Subang Jaya.

Salam ceria untuk semua. Lama betul tak update blog ni. Terlalu sibuk, terima kasih diatas sokongan dan kepercayaan anda semua kepada kami di stitchwave.  Ok cam biasa, update projek yg telah selesai. Kali ni tentang tempahan non woven bag. Yang pertama tempahan untuk majlis persaraan dan yang kedua daripada SK USJ 20, Subang Jaya. Untuk pengetahuan, tempahan minima untuk non woven bag ialah sebanyak 70 pcs sahaja. Kami tidak dapat menerima tempahan lebih kurang daripada itu.

Sebarang maklumat tentang tempahan non woven bag  sila hubungi / wassup kami di 0172032610 (Pn, Azura). Terima kasih.

Posted on

Tempahan Cenderahati Pen – MTAQ

Tempahan Cenderahati Pen – MTAQ

Salam ceria untuk semua. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta. Post kali ni nak cerita tentang cenderahati pen. Kami di stitchwave mempunyai pelbagai koleksi pen yang sedia untuk dicetak . Minima order untuk pen cenderahati beserta cetakan cuma sebatang.. Betul ker ni? Selalunya 200 minima baru boleh? Ye, memang betul, minima order cuma sebatang sahaja, tetapi harga nya akan jadi berlipat kali ganda , mencecah sehingga ratusan kali ganda..

Ok, tempahan cenderahati pen kali ni kami terima untuk majlis MTAQ (Majlis Tilawah Al-Quran) peringkat daerah. Jom layan foto-foto cenderahati pen..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Untuk dapatkan info tentang  tempahan cenderahati  pen, sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..Terima kasih.

Posted on

Cenderahati Sulaman Tuala – Hari Teknik & Vokasional SMKSB 2013

Cenderahati Sulaman Tuala – Hari Teknik & Vokasional SMKSB 2013

Salam ceria untuk semua.  Tempahan sulaman tuala untuk program Hari Teknik & Vokasional 2013. Cenderahati tuala sulam yang pelbagai, bersaiz tuala mandi dan tuala muka menjadi pilihan SMKSB. Terima kasih kerana berurusan dengan kami.

sulaman tuala

Untuk dapatkan info tentang  tempahan cenderahati sulaman tuala , tuala sulam, sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..Terima kasih.