Cenderamata Payung Guru & Staf SK Nyalas

Cenderamata Payung Guru & Staf SK Nyalas

Payung,servis mencetak payung, cenderamata payung, hadiah payung.
Assalam dan semoga ceria sentiasa hendaknya. Korang pernah dengar pepatah Melayu  , sediakan payung sebelum hujan?Pepatah lama ini sebenarnya mempunyai maksud tersirat yang luas dan bertujuan mendidik kita supaya sentiasa berfikiran jauh kehadapan. Fokusnya, bukan setakat persediaan kita terhadap elemen cuaca sahaja, walaupun cuaca diguna sebagai subjek dalam pepatah ini.

Seseorang yang mengamalkan peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” akan senantiasa bersedia untuk kehidupan masa depan mereka. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran ini akan sesuai dilalui oleh mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup. Ilmu sahaja yang membolehkan seseorang itu menguasai apa-apa bidang yang wujud kerana berupaya untuk mengalahkan pesaing-pesaing mereka. Oleh itu, pemahaman makna peribahasa ini menjadikan seseorang itu meneroka ilmu dan kepelbagain kemahiran sepanjang hidup mereka.Jadi, sama-sama lah kita sepakat menyediakan “payung” sebelum “hujan” turun.

cenderamata
Itu cerita tentang peribahasa tu, kalau nak tahu cerita pasal payung pulak, kami di stitchwave ada pelbagai saiz payung ni. Untuk printing kami hanya menerima cetakan single warna sahaja. Maknanya, kalau nak letak logo pun, kena outline je la. Setiap satu item ni, memang dilengkapi dengan UV Protection. Lebih selamatlah kalau digunakan pada hari yang panas. Di bawah ni disertakan berta untuk setiap item :

21″ = 330 g,  24″ = 330 g, 27″ = 440 g, 30″ =610 g.

cenderamata

Sebarang info dan pertanyaan tentang  tempahan cenderamata payung , sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..