Sejarah Sulaman

Sejarah Ringkas Sulaman

Sulaman, merupakan suatu seni persembahan rekabentuk kreatif menggunakan tangan atau mesin, sebenarnya telah lama bertapak di dalam kehidupan manusia, hampir seusia dengan pakaian itu sendiri.

Bukti-bukti menunjukkan orang – orang Mesri Purba,Babylon,Phoeniciadan Yahudi telah lama mengaplikasi seni sulaman untuk menghias jubah jubah mereka.

Kaum Moor juga menghiasai kebanyakan pakaian mereka dengan sulaman. Kaum Moor mempunyai stail yang tersendiri pada corak sulaman mereka yang mana telah berkembang ke Negara-negara lain seperti Sepanyol dan kepulauanSicily. Teknik dan corak sulaman kaum Moor juga telah mempengaruhi banyak Negara-negara Eropah yang lain.

Hasil kerja sulaman yang tertua, yang masih wujud hingga kini, bertarikh pada zaman pertengahan, dimana seni sulaman seringkali digunakan pada pakaian-pakaian paderi. Selain itu, seni sulaman juga adalah simbol kepada kemewahan, dimana hanya pedagang dan golongan elit sahaja yang mampu membayar sejumlah wang yang besar keatas pakaian yang bersulam. Antara contoh terhebat seni sulaman ini terdapat pada “Bayeux Tapestry”,yang panjangnya 231 kaki yang mana mengisahkan Perang Hastings pada tahun 1066. Salah satu babak yang dipersembahkan.

Dalam masyarakat Melayu sendiri, seni sulaman juga banyak mempengaruhi kehidupan seharian, terutama bagi kaum wanita.
Baju kebaya,baju kurung mahupun tudung seringkali menggunakan seni sulaman sebagai hiasan tambahan yang menambahan lagi seri dan kecantikan produk tersebut.

Pada era sebelum komputer mampu dimiliki, kebanyakan sulaman dilakukan dengan melukis corak pada pita kertas yang kemudian dijahit di mesin sulam secara manual.

Proses ini perlu dilakukan dengan sempurna, sebarang kesilapan kecil akan merosakkan keseluruhan projek dan proses harus diulang semula dari awal.

 

Namun kini, pelbagai jenis mesin sulaman komputer dengan pelbagai variasi, kelajuan, jenama dan sebagainya telah muncul di pasaran. Pengguna hanya perlu memilih yang bersesuaian dengan tujuan dan bajet mereka.