Posted on

Tempahan Tuala dan Beg Sulam Logo Persatuan Nelayan Negeri Perak

Tempahan Tuala dan Beg Sulam Logo Persatuan Nelayan Negeri Perak

Salam ceria untuk semua. Tempahan pakej, beg dan tuala mandi yang bersaiz 27″ x 54″ dengan sulaman logo. Dua-dua tempahan ni design nya sama jer. Sulam logo dan label Persatuan Nelayan Negeri Perak di sebelah bawah logo.

Sulaman logo organisasi atau pertubuhan sebenarnya cara yang mudah untuk menonjolkan identiti pertubuhan. Amat sesuai untuk dijadikan buah tangan kepada ahli-ahli persatuan masing-masing.

Pada mulanya, kami berdepan dengan masalah untuk tujuan penghantaran ke LKIM Manjung disebabkan kos yang mencecah RM450 oleh hampir semua penyedia korier utama. Penyelesaian yang mudah, menggunakan bas dengan kos yang jauh lebih murah dan cepat. Pukul 11.00 am hantar kepada sykt bas, pukul 5.00 ptg kami dapat berita daripada pelanggan, memaklumkan barang dah sampai. Tak sampai satu hari.

Terima kasih kami ucapkan kepada Persatuan Nelayan Negeri Perak kerana sudi berurusan dengan kami, walaupun jarak yang jauh, itu bukan penghalangnya. Diharapkan dapatlah berurusan lagi di masa akan datang.

Sebarang info sila hubungi kami melalui telefon/sms/wassup di 0172032610 (Pn. Azura).Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *