
Baju Boling KBSS Team
Salam ceria dan salam sejahtera untuk semua. Tempahan baju untuk kelab Boling, KBSS Team. Material kain daripda microfiber berwarna hijau pucuk pisang. Baju boling oren sport,baju boling yang ditempah
Baju boling yang ditempah oleh team ini adalah baju ready stock keluaran oren sport. Selalunya, bila kesuntukan masa, atau nak baju dalam masa yang singkat, baju boling atau baju kelab dan sebagainya, pelanggan lebih gemar mengambil baju ready made. Cepat. Kalau nak yang custom made, kenalah tempah awal-awal.
Satu kelemahan baju ready made ni, kadang-kadang saiz ada yang sangkut, terutama saiz seperti XS atau S..Kadang-kadang L pun sangkut. Kalau berlaku kekurangan stok macam tu, selalunya kami menasihatkan pelanggan untuk menukar design atau warna baju.
Itu juga sebabnya apabila pelanggan membuat temnpahan baju ready made, kami selalunya mencadangkan supaya mereka memilih lebih daripada satu design, sebagai langkah ‘backup’ sekiranya berlakunya kekurangan stok untuk saiz-saiz tertentu.
Untuk baju custom made pulak, tiada masalah tentang saiz, sebab memang dibuat khas mengikut tempahan pelanggan..Pendek kata ikut suka pelanggan lah nak design macam mana.. Saiz pulak, boleh buat sampai 7XL..
Cerita pasal baju boling untuk kelab KBSS Team ni pulak, mereka memilih baju ready made keluaran oren sport berwarna hijau pucuk pisang. Cetakan di baju semuanya menggunakan teknik ’embroidery’. Logo team di sebelah kiri dada dan nama ahli di lengan kanan, juga dengan teknik ’embroidery’.
Untuk dapatkan info tentang tempahan baju boling atau apa sahaja, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami melalui sms/wassup di 0172032610 (Pn Azura)..Terima kasih.