Posted on

Cenderahati Hari Guru – Selamat Hari Guru

Salam ceria untuk semua, terutamanya kepada semua guru di seluruh negara. Insan yang bergelar guru terlalu banyak berjasa kepada kita semua, tak kira apa pun kerjaya kita sekarang. Walau siapa pun kita masa kini, semuanya bermula dengan didikan seorang guru, sejak dari zaman pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti. Tanpa mereka siapa lah kita. Disini, kami di stitchwave mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan ucapan terima kasih kepada semua guru yang pernah mendidik kami sejak dari zaman kanak-kanak hingga ke dewasa.

Pengorbanan serta kesabaran seorang guru , berhadapan denga karenah pelajar amat dihargai. Semoga Allah sentiasa merahmati semua guru-guru. Ingatlah bahawa salah satu daripada amalan yang berkekalan pahalanya walaupun setelah kita tiada adalah ilmu yang telah dicurahkan. Semoga Allah menempatkan guru-guru yang telah pergi bersama dengan roh-roh mereka yang solih.

Oklah, sempena sambutan hari guru pada hari ni, 16 Mei 2013, kami di stitchwave paparkan tempahan yang berkaitan dengan hari guru sahaja. Banyak tempahan yang kami terima dan banyak juga yang kami tak dapat terima sebab kesuntukan masa. Kepada guru-guru yang tempahan mereka kami tidak dapat terima, kami memohon maaf, kerana kekangan masa yang amat terhad.

Produk ‘killer’ kami, Tuala Sulam. Tuala sulam paling banyak kami terima tempahan sebagai cenderahati hari guru. Tapi, dek kekangan masa, bnyk job yang tak sempat dirakamkan.

Lepas tu, tempahan mug sebagai cenderahati hari guru. Produk ni pun boleh tahan juga permintaannya utnuk hari guru.

Mug – Cenderahati Hari Guru

Selain tu ada jugak sekolah yang membuat tempahan beg, payung dan sebagainya, untuk cenderahati hari guru sekolah masing-masing.

Cenderahati Hari Guru – Payung

Cenderahati Hari Guru – Beg

Untuk itu, kami di stitchwave.com.my mengucapkan setinggi penghargaan untuk semua guru yang sudi membuat tempahan dengan kami. Selamat hari guru!

Jadi, Sebarang maklumat tentang apa jua produk  sila hubungi / wassup kami di 0172032610 (Pn, Azura). Terima kasih.