Posted on

Cetak Baju Silkscreen Chompogho D’ Sg. Pah

Cetak Baju Silkscreen Chompogho D’ Sg. Pah

 

Salam sejahtera . Semoga ceria dan bahagian sentiasa. Semalam dah cuti, hari ni ramai yang dah kerja, ada jugak yang sambung cuti..Yelah cuti tahun pun banyak lagi. Lebih kurang 5 hari lagi kita akan meninggalkan 2012. Banyak kenangan manis, pahit kejayaan dan kegagalan yang menjadi bekalan untuk teruskan perjalanan ke 2013. Jadikan sesuatu kegagalan sebagai kejayaan yang tertangguh. Bukan kegagalan yang mutlak.. Jadi seperti singa, mengundur setapak dua kebelakang, bukan kerana putus asa atau lari dari kegagalan, tetapi untuk dapatkan kekuatan, menghambur menerkan mangsa, lalu membuahkan kejayaan baru yang lebih baik..

Ok lah.. kalian pernah dengar perkataan CHOMPOGHO tak? Ni loghat Negeri Sembilan yang membawa maksud berpesta atau berkelah/bersukaria di sungai. Lebih kurang macam tulah maknenya.Itulah yang kami nak kongsi kali ni.

Cetak Baju Silckscreen Chompogho D’ Sg. Pah tajuknya. Sebab cetakan menggunakan kaedah silkscreen, dengan dua warna . Hitam dan putih. Jumlah tempahan 23o helai sahaja. Saiz S hingga 4XL.. Jom layan foto-foto semasa proses cetak baju sedang berjalan.

 

cetak baju silkscreen
Amik gambar dekat..

Design ni saiz A4. Pada asalnya, design yang dorang bagi adalah gambar real jeram. Bila dah bincang balik, dorang setuju untuk tukar dengan design yang ni. Bukan apa, kalau buat real foto, kos memang terlalu jauh bezanya..Mahal!Untuk real foto, selalunya gunakan kaedah CYMK dan guna ink plastisol..Kaedah yang rumit, kos nya pun mesti rumit juga…

Untuk pengetahuan semua, tempahan kali ni, menggunakan material single jersey..

Jadi kalau ada yang nak info tentang  cetak baju , sulam logo ke, nak buat baju kelab, samada ready made atau custom made ke  atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..