Posted on

Cenderahati Tuala Sulam – Terima Kasih

Cenderahati Tuala Sulam – Terima Kasih

Salam ceria untuk semua.  Jumper lagi kat sini. Hari ni masih lagi tentang cenderhati tuala sulam. Job ni dah lama jugak sebenarnya. Dah sebulan, tuan dia pun dah tanya kenapa towelnya tiada dalam pos.He he he, itu la pasal.. Bila dah sibuk, dah tak sempat nak update. Masa penghujung oktober/november haritu, memang tengah sibuk sangat. So, bagi mereka yang pernah membuat tempahan, tapi tak jumpa item tu dalam website ni, sori la banyak-banyak. InsyaAllah, kami akan cuba poskan semua satu persatu. Tapi kalau ada jugak yang terlepas tu, harap faham erk..Bukan sengaja ok.

cenderahati tuala sulam

So, ini dia , tuala sulam beserta dengan window box, untuk majlis resepsi kalau tak silap (sori kalau silap). Untuk pengetahun, kami mempunyai stok window box dalam tiga warna, putih, grey dan hitam. Tuala yang kami gunakan sama ada keluargan Oren Sport atau pun deloras. Dua-dua ni memang berkualiti dengan warna yang menarik dan kadar serapan air yang tinggi. Setakat ni semua pelanggan kami yang dah pernah buat  tempahan, semua berpuashati dengan kualitinya. Tak kurang jugak yang buat repeat order. Terima kasih untuk semua kerana memberi kepercayaan kepada stitchwave.com.my.

Untuk dapatkan info tentang  tempahan cenderahati  tuala sulam , sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..Terima kasih.

Posted on

Lagi tuala sulam hari keluarga

Tuala sulam hari keluarga

Salam penuh takzim untuk semua. Apa khabar semua. Harap-harap sihat je selalu. Arini ni kami nak kongsikan pula, tempahan tuala sulam untuk family day. Ini memang famili yang tempah. Dorang memang buat kat Melaka, pasal tu wording pun ada tulis “Sehari di Melaka”.

Tempahan tuala sulam sebelum ni jarang-jarang sangat yang ada grafik. Kalau ada pun border, logo ataupun karektor kartun je. So, job kali ni customer mintak supaya letakkan grafik yang ada ikon Melaka. Dok fikir-fikir, kang kalau aku letak gambar istana Melaka, kot dorang nak A famosa lak, kot aku letak A famosa lak, dorang nak gambar sungai Melaka lak, kalau dah buat, bukan boleh padam-padam. Penyudahnya, aku mintak dorang putuskan, grafik yang dorang nak letak sekali. So jadilah macam ni…Dari jauh pun dah tau, MELAKA…

Akhir kata,

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa kami dirikan,
kalau nak tau apa-apa,
Tanyalah kami janganlah segan.

 

Untuk dapatkan info tentang  tempahan cenderahati  tuala sulam , sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..Terima kasih.

Posted on

Tempahan Tuala Sulam Hari Keluarga

Tempahan Tuala Sulam Hari Keluarga

Salam ceria untuk semua. Selamat berhujung minggu bersama keluarga.. Mungkin gak ada yang ambik kesempatan dihujung minggu ni untuk berkumpul dan buat majlis hari keluarga. Bagus tu.. dah sibuk-sibuk bekerja, sekali sekala apa kata kita pakat kumpul ramai-ramai untuk kembali merapatkan silturrahim antara ahli keluarga.

Ok, macam tajuk kat atas ni, hari ni nak kongsikan tempahan tuala sulam hari keluarga sekolah. Unik sikit tuala ni sebab design memang dorang dah siapkan. Selalunya, customer serah bulat-bulat pada kitarang untuk buatkan design. Dorang bagi wording jer. Tapi kali ni , tempahan ni beserta dengan design, so kami ikut jelah.

tuala sulam

Foto kat atas ni masa kat mesin lagi. Masih panas, kata orang. Tempahan semuanya warna kuning cair. Untuk pengetahuan warna benang ni pun dorang yang pilih. Ikut jelah.. Pokok dek kao lah… kata orang negeri sembilan. .

 

So, untuk dapatkan info tentang  tempahan cenderahati  tuala sulam , sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..Terima kasih.

Posted on

Tuala Sulam Reunion

Tuala Sulam Reunion

Salam sejahtera. Tempahan tuala sulam kali ni untuk majlis Reunion. Sekarang ni memang dah jadi trend untuk buat majlis reunion untuk sekolah, kolej, universiti dan macam-macam lagi. Bagus sebenarnya, sebab dapat mengeratkan kembali ikatan silaturrahim . Maklumlah, dah lama tak jumpa. Bila dah jumpa balik, mesti banyak citer dulu-dulu yang keluar. Tambahan lagi sekarang ni agak mudah nak kumpul ahli dengan adanya laman sosial mcm FB, twitter dsb.

sulaman tuala

Jadi bolehlah guna medium tu untuk cuba kumpulkan semula kawan-kawan sekolej atau satu sekolah yang dah lama terpisah. Tapi , bukan mudah jugak nak anjurkan majlis reunion. Banyak hal yang perlu diambil kira. Bajet, aktiviti, penginapan, lokasi, masa dan tempat dan macam-macam lagi. Maklumlah, bila dah lama tak jumper, sumenyer dah berkeluarga. Kena jugak ambil kira cuti dan sebagainya.

 

Untuk pengetahuan semua, tempahan tuala sulam ni beserta dengan mug jugak. Tengok gambar mug kat bawah ni. Kalau macam ni , kira full side. Ada tiga jenis, left side, right side dan full side. Nak tau apa tu..Ok, kalau right side artwork akan dicetak disebelah kanan mug. Jadi, kalau orang tangan kanan pegang tangkai mug tu, (dgn tangan kanan), dia yang akan namapah artwork tu. Kalau cetakan artwork di left side pulak, orang yang duduk depan dia pulak lah yang nampak artwork tu.

mug
Cetakan right side mug.

 

mug
Cetakan left side pada mug.

Untuk dapatkan info tentang  tempahan cenderahati  tuala sulam , sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..Terima kasih.

Posted on

Tuala Sulam Badan Pengawas SKT

Tuala sulam,tuala sulam murah

Salam ceria untuk semua. Towel sulam masih menjadi topik utama untuk dikongsi. Towel sulam kali ni pulak, ditempah oleh badan pengawas SKT, untuk dijadikan cenderamata kepada calon-calon yang cemerlang dalam UPSR 2012. Sulaman towel yang ditempah beserta window box pelbagai warna.

cenderamata tuala sulam

Kalau korang sume perasan, bila ada foto towel sulam macam ni, ada macam plastik berkilat. Itu sebenarnya adalah embroidery plastic sebagai top stablizer. Setiap kali sulaman dibuat melibatkan tuala sulam, memang kena pakai palstik ni selain stablizer di sebelah bawahnya. Sebabnya , sulaman untuk towel ni tak macam fabrik lain cthnya baju, tuala kan  agak berbulu, kalau tak letak plastik ni, sulaman akan tenggelam. Bila letak plastik ni, sulaman akan berada di “top layer” , sebab tu sulaman pada tuala sulam ni nampak timbul dan kemas.

tuala sulam murah dan cantik

Jadi, untuk sebarang info dan pertanyaan tentang  tempahan tuala sulam , sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..

Posted on

Tempahan Sulaman Tuala SK Rinching Hilir

Salam ceria untuk semua. Tempahan sulaman tuala daripada SKRH menjadi pilihan untuk dikongsi hari ni. Pilihan warna yang pelbagai, sebagai cenderahati Perkhemahan Unit Beruniform. Tempahan sulaman tuala ni sebelum cuti sekolah lagi, tapi masa tak mengizinkan untuk diposkan ke sini.

Jom tengok foto-foto semasa proses sulaman tuala dijalankan.

tempahan sulaman tuala

Terima kasih kepada SKRH kerana memberi kepercayaan kepada Stitchwave. Semoga puas hati dan kembali membuat tempahan sulaman tuala atau lain-lain produk.

Jadi, untuk sebarang info dan pertanyaan tentang  tempahan tuala sulam , sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..