Posted on

Cenderahati Hari Guru – Selamat Hari Guru

Salam ceria untuk semua, terutamanya kepada semua guru di seluruh negara. Insan yang bergelar guru terlalu banyak berjasa kepada kita semua, tak kira apa pun kerjaya kita sekarang. Walau siapa pun kita masa kini, semuanya bermula dengan didikan seorang guru, sejak dari zaman pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti. Tanpa mereka siapa lah kita. Disini, kami di stitchwave mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan ucapan terima kasih kepada semua guru yang pernah mendidik kami sejak dari zaman kanak-kanak hingga ke dewasa.

Pengorbanan serta kesabaran seorang guru , berhadapan denga karenah pelajar amat dihargai. Semoga Allah sentiasa merahmati semua guru-guru. Ingatlah bahawa salah satu daripada amalan yang berkekalan pahalanya walaupun setelah kita tiada adalah ilmu yang telah dicurahkan. Semoga Allah menempatkan guru-guru yang telah pergi bersama dengan roh-roh mereka yang solih.

Oklah, sempena sambutan hari guru pada hari ni, 16 Mei 2013, kami di stitchwave paparkan tempahan yang berkaitan dengan hari guru sahaja. Banyak tempahan yang kami terima dan banyak juga yang kami tak dapat terima sebab kesuntukan masa. Kepada guru-guru yang tempahan mereka kami tidak dapat terima, kami memohon maaf, kerana kekangan masa yang amat terhad.

Produk ‘killer’ kami, Tuala Sulam. Tuala sulam paling banyak kami terima tempahan sebagai cenderahati hari guru. Tapi, dek kekangan masa, bnyk job yang tak sempat dirakamkan.

Lepas tu, tempahan mug sebagai cenderahati hari guru. Produk ni pun boleh tahan juga permintaannya utnuk hari guru.

Mug – Cenderahati Hari Guru

Selain tu ada jugak sekolah yang membuat tempahan beg, payung dan sebagainya, untuk cenderahati hari guru sekolah masing-masing.

Cenderahati Hari Guru – Payung

Cenderahati Hari Guru – Beg

Untuk itu, kami di stitchwave.com.my mengucapkan setinggi penghargaan untuk semua guru yang sudi membuat tempahan dengan kami. Selamat hari guru!

Jadi, Sebarang maklumat tentang apa jua produk  sila hubungi / wassup kami di 0172032610 (Pn, Azura). Terima kasih.

Posted on

Cenderahati hari keluarga

Cenderahati hari keluarga

Salam ceria untuk semua.Pos untuk kali ni, tempahan cenderahati hari keluarga Wan Ani. Tempahan yang pelbagai, pakej kombo. Ada mug, ada hand towel, ada bath towel dan multipurpose bag. Berminat? Hubungi kami segera untuk mendapatkan sebutharga.

Tempahan Mug Hari keluarga
Multipurpose Bag (Embroidered)

Bath towel (embroidered) with window box

Untuk sebarang info, sila  hubungi kami / wassup di 0172032610 (Pn Azura)..Terima kasih.

 

Posted on

Tempahan Mug HDU Jelebu

Tempahan Mug HDU Jelebu

Salam ceria untuk semua. Jumpe lagi selepas cuti satu hari, sempena sambutan Hari Krismas. Semoga kalian semua sihat dan ceria selalu.. Sesi perkongsian kali ni , tentang tempahan mug daripada HDU Hospital Jelebu. Mug yang ditempah, cetakan satu sisi..Design dorang yang bagi, cetak logo dan label nama unit . Itu sahaja, simple.

Sebelum tu, apa kata kitalayan dulu foto sebahagian mug yang sempat kami rakamkan, untuk dikongsi di sini..

 

Kalau nak tau lebih lanjut tentang mug, boleh jengok  ke sini.

Jadi, untuk sebarang info dan pertanyaan tentang  tempahan mug untuk kelab, atau persatuan , sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..