Posted on

Tempahan Sulaman Tuala Shell Cyberjaya

Tempahan Sulaman Tuala Shell Cyberjaya

Salam sejahtera untuk semua. Semoga sentiasa ceria sentiasa. Hari ni kita dah berada di pertengahan bulan Disember. Dah lebih pun sebenarnya. Pejam pejam celik pejam celik dan nak sampai ujung 2012. Cepat sungguh masa berlalu sekarang ni. Kadang kadang terasa terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dalam masa yang terhad. Macam tak cukup 24 jam sehari. Apa – apa pun , setiap orang sama je, semua ada 24 jam sehari. Tinggal lagi cara mengurus dan cara mengguna masa.

Ok lah, tak nak buang masa lagi, macam biasa, nak kongsi satu lagi tempahan sulaman tuala. Tempahan kali ni, daripada Shell Cyberjaya. Face towel beserta window box. Jumlah tempahan 99 helai. Unik lak nombor ni. .

tempahan sulaman tuala

Gambar kat atas ni, masa proses design dengan sofwer embroidery. Disebabkan setiap helai ni nak sulam nama staff, so kenalah taipkan 99 nama. Bila nak setting kat mesin pun sama, kena set setiap kali nak mula proses sulaman. Alhamdulilah, sebab dapat siapkan dalam seperti yang dijanjikan. Sebenarnya, ni tempahan kedua dorang. Sebelum ni dah buat tempahan , awal tahun 2012.

Respon dorang ok.. memang puashati dengan kualiti tuala ni. Tak banyak foto sebenarnya dapat share hari i, sibuk sangat sampai tak sempat snap banyak foto..Kalau boleh, memang nak letak 99 keping foto dalam pos ni..tapi apakan daya..So, layan jelah foto yang ada ni…

 

Akhir kata, terima kasih kepada Shell Cyberjaya kerana memberi kepercayaan kepada kami di stitchwave.com.my. Semoga lenkali tempahlah lagi….

Untuk korang yang lain , kalau nak dapatkan info tentang  tempahan sulaman tuala , sulam logo ke atau apa sahaja produk berkaitan, sila email kepada stitchwave[at]yahoo[dot]com atau hubungi kami di 0172032610 (Pn Azura)..Terima kasih.